Penyakit Ketua Cawangan UMNO

As I often read Chedet’s blog, I was happy that Tun finally got information on how the “ketua cawangan” behaving. So I wrote my reply to his statement here:

 

Salam Ybhg Tun, Saya setuju sangat dengan informasi yang Tun telah berikan.

Kita bukan saja mendengar kelemahan UMNO malah seperti kita telah menerima kelemhan ini secara terbuka. Presiden UMNO telah memberikan ucapan yang sangat bersemangat dan ini diikuti pula oleh cabaran untuk "reform" imej UMNO.

Beberepa hari dan minggu selepas perhimpunana UMNO yang lepas, menunujukkan dunia siber sibuk dengan ahli UMNO pergi ke online untuk menyebarkan bahawa UMNO kini sedia berubah. Malang sekali setelah riuh ini reda, matlamat untuk reform juga luput. Kita kembali kepada UMNO lama. UMNO lama yang mana pemimpin dari akar umbi masih tidur dan lalai. Banyak perkara yang telah diminta untuk dilaksanakan tapi apakan daya, "orang melayu ni cakap pandai" kerja tak reti buat.

Ketua cawangan yang masih belum nampak muka untuk rakyat jumpa menjadi penyakit utama UMNO. Bila dah ketua cawangan "hilang", macam mana isu rakyat tempatan nak sampai bahagian. Bila bahagian dah tak dapat berita rakyat, macam mana peringkat pusat nak selesaikan masalah rakyat. Dan bila peringkat pusat dah tak mampu dapat informasi yang sebenar, informasi "rekaan bahawa rakyat semua bahagia" disampaikan kepada menteri atau pemimpin UMNO.

Bila ini berlaku, UMNO mula lupa darat dan lalai. Jadi bila dah lalai dan menerima info yang salah, apakan terjadi masa pilihanraya akan datang? Senang saja, UMNO atau BN akan kalah teruk sebab UMNO atau BN gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat. Siapa yang betul-betul salah? KETUA CAWANGAN lah!

Saya sendiri masih belum dapat kesan ketua cawangan baru saya sebab dia sentiasa tak ada dirumah. Heran sebab di kawasan tempat tinggal saya tak ada pun aktiviti yang dianjurkan oleh UMNO untuk mendekati rakyat. Saya sedih sebab sebagai ahli biasa, saya mahu memindahkan keahlian saya ke kawasan yang baru. Borang dah sedia tapi ketua cawangan tak jumpa untuk dapatkan pengesahan…macam mana? Siapa boleh bantu?

Ini juga merupakan masalah UMNO. Ahli-ahli UMNO banyak yang buta IT. Yang mereka tahu ialah nak borak di kedai kopi dan lobby projek itu dan ini untuk dapatkan komisen! Cerita berjuta-juta tapi habuk pun tarak! Budaya kedai kopi ni dah macam sebati dengan daging mereka. Pengorbanan cuma untuk wang ringgit, nak korban untuk perjuangan parti cuma bila ada pilihan raya atau perhimpunan UMNO saja kerana masa ini lah duit “terpijak” mudah didapati.

Saya sangat bersemangat untuk memastikan UMNO sentiasa relevan di masa hadapan tetapi kalau ulat-ulat lama (ketua cawangan)ini tak dapat mengubah ciri-ciri kepimpinan lama mereka, UMNO akan terkubur.

Tun tahu tak bahawa setiap kali ceramah PAS diadakan, ahli PAS yang lain mampu mengikutinya melalui "live broadcast"? UMNO yang telah lama bertapak masih kuno didalam teknologi yang sedia ada. Nak gunakan komputer pun tak ada. Sepatutnya UMNO mampu menandingi mana-mana parti politik dari segi teknologi. Ini tidak, UMNO ketinggalan zaman! Apa yang dicadangkan untuk “perang maya”, cuma tinggal bualan saja. Nak kata UMNO tak ada budget, UMNO punyai banyak sumber dana, maka kenapa tak boleh kuasai alam maya siber?

Saya cadangkan bahawa UMNO perlu menaik taraf server mereka supaya website UMNO mampu memberi lebih banyak informasi dan pantas. Setiap ketua cawangan perlu ada email supaya senang dihubungi. Setiap cawangan perlu ada peralatan yang minima seperti telefon, fax, printer, komputer dan internet supaya komunikasi lebih teratur dan jelas. Ahli baru dan muda perlu lebih lantang menyoal kepimpinan ketua cawangan mereka supaya ketua cawangan ini tak lalai. Pendek kata, tak guna kalau Presiden UMNO melaungkan reformasi sekiranya ahli lain tak mendengar.

Ini lah penyakit orang melayu seperti yang dinyatakan oleh Tun dulu…"Melayu Mudah Lupa"…

Leave a Reply